Tenaga apakah yang menggerakkan kehidupan?.
Cinta dan kebencian. Kedua-dua itulah yang mewarnai sejarah hidup manusia
menjadi putih atau hitam. Kerana cinta, Adam dan Hawa bersatu. Karena cinta,
Taj Mahal di India terbina. Dan banyak lagi bukti di dalam dunia nyata ini
betapa agungnya cinta itu.
Berawal dari cinta, cerita kehidupan
diputar. Tapi sayang, sejak awal mula kisah sejarah manusia ini, cinta telah
dikotori oleh kebencian. Kebencianlah yang menyebabkan Qabil membunuh Habil,
sebuah tragedi paling tragis untuk pertama kalinya dalam sejarah kemanusiaan.
Pembunuhan manusia oleh manusia. Ya, cinta dan kebencian pulalah yang saat ini
kita saksikan
meramaikan drama kehidupan. Dunia ini dipenuhi dengan kisah cinta yang begitu mempesona, juga kisah kebencian yang sangat memilukan.
meramaikan drama kehidupan. Dunia ini dipenuhi dengan kisah cinta yang begitu mempesona, juga kisah kebencian yang sangat memilukan.
Cinta membuat dunia menjadi
kelihatan 'hidup', damai, sejuk, indah, penuh pesona. Sebaliknya kebencian
menjadikan dunia ini nampak membujur kaku seperti mayat, seperti perkuburan.
Aromanya menyengat tak ubahnya bangkai. Bunga-bunga menjadi layu. Setiap mata
menatap penuh kekosongan, kesedihan dan kepiluan.
Cinta menawarkan titis-titis air
yang sungguh menyejukkan. Setiap titisannya menghidupkan jiwa yang gersang.
Tiap titisannya adalah syurga. Kebencian menyebarkan aroma darah, menitiskan
air mata. Tiap titisnya membuat jiwa menjadi gersang. Tiap titisnya adalah api,
membakar kehidupan. Panas yang luar biasa. Cinta menggerakkan kebaikan.
Kebencian memunculkan kejahatan. Sejarah kebaikan adalah sejarah cinta. Sejarah
kejahatan adalah sejarah kebencian. Maka tebarkanlah cinta di segenap penjuru
dunia. Berjalanlah dengan cinta. Siramlah setiap relung jiwa yang hampa dengan
cinta, niscaya ia menjadi hidup dan penuh pesona.
Pada tahun 1932 Albert Einstein
menulis surat kepada Sigmund Freud untuk bertanyakan pendapatnya. Antara
kandungan suratnya berbunyi, Apa yang dapat dilakukan manusia agar terhindar
dari kutukan peperangan?
Pertanyaan itu muncul barangkali
kerana dunia pada masa itu mash dihantui oleh Perang Dunia Pertama yang
mengejutkan manusia diseluruh eropah, justeru akibat kerosakan dan penderitaan
yang harus ditanggung oleh mereka. Sebagai seorang yang mempunyai keahlian ilmu
jiwa, Freud menjelaskan dalam surat yang ditulis sebagai esei yang terkenal
iaitu Why War (Mengapa Perang).
Dia menghuraikan tentang adanya dua
insting atau lebih mudah disebut sebagai sifat utama manusia iaitu insting
Cinta dan insting Benci.
Insting cinta itu baik. Kerana
manusia yang memiliki insting ini akan mempunyai sikap positif dengan membawa
kepada sikap peduli dan saling memberikan kasih sayang. Ini mengandaikan adanya
kepedulian terhadap hidup orang lain, keselamatan, kesejahteraan dan
kebahagiaan orang lain.
Namun begitu insting ini juga
membawa sekaligus insting kebencian kalau sikap cinta dan kasihnya terhadap
orang lain disertai dengan niat memiliki kepada yang dicintainya itu. Dengan
itikad ingin memiliki itu, maka terjadilah penguasaan, diktator dan penjajahan
dari sipencinta kepada yang dicintai.
Dan kalau perasaan merasa tidak
bebas dari yang dicintai ini memberontak, maka terjadilah konflik. Dan konflik
ini selalunya diakhiri dengan pemberontakan dan saling mengadu kekuatan. Siapa
yang kalah akan menjadi hamba dan siapa yang memang akan menjadi majikan atau
dengan kata lain menjadi penguasa.
Maka dari itu bermulalah penderitaan
manusia. Pada dasarnya hal-hal yang mirip dengan kedaan sedemikian dapat
dilihat dalam praktikal kehidupan sehari-hari kita. Contohnya kedua ibubapa
sering mengatakan dirinya sangat mencintai anak-anaknya, seringkali berubah
menjadi diktator kepada anak-anaknya. Mereka mahu membentuk anak-anak itu
mengikut kemahuanya sendiri.
Anaknya mesti menjadi seorang doktor
agar hidupnya kelak tidak sia-sia dan mempunyai masa depan yang baik meskipun
si anak merayu mahu memilih jurusan dalam bidang kesastrawan atau mungkin
bidang-bidang lain yang sangat jauh bezanya dari bidang kedoktoran. Inilah
salah satu konflik yang banyak terjadi dalam masyarakat kita. Bila hal-hal ini
terjadi, kebanyakkan dari orang tua akan mengunakan kuasa veto' mereka kepada
si anak tadi supaya harus mengkuti kemahuanya. Dalam hal ini, kebahagiaan
siapakah yang ingin diwujudkan? Kebahagiaan ibu bapa atau kebahagiaan anak?
Dalam akhbar harian atau tabloit
mingguan seriang kita membaca tentang berita ada seorang lelaki yang telah
beristri mencintai seorang gadis yang masih dara. Lalu cinta si lelaki tadi
berbalas. Akan tetapi apabila istri kepada si lelaki tadi mengetahui bahawa
suaminya mencintai wanita lain yang masih muda jelita apa lagi ianya masih
dara, berkobarlah rasa bencinya dan dengan begitu tega membunuh si wanita
jelita yang dicintai suaminya itu.
Insting cintanya telah berubah
menjadi insting merosakan dan membenci, kerana lelaki yang telah mempunyai
istri tadi ingin memiliki si gadis bagi kesenanganya sendiri. Boleh jadi juga
si istri yang sebelum itu sangat mencintai suaminya akan turut sama membunuh suaminya
kerana cintanya telah bertukar menjadi benci dengan mendadak.
Ada juga sebuah sekolah yang sangat
ingin menjadi sekolah terbaik dalam negeri itu bahkan sangat ambisi untuk
menjadi salah satu dari 10 buah sekolah yang terbaik dalam negara dengan tingkat
kedisiplinan yang tinggi yang secara luaranya sangat terpuji. Maka demi
ambisinya itu pemimpin sekolah tersebut sama ada Pengetua atau Guru Besar
termasuk guru-guru pengajar menjadi diktator atas murid-muridnya. Dijalankan
disiplin yang keras dan berunsur paksaan untuk belajar di luar kewajaran.
Hari-hari murid, di sekolah atau dirumah, harus diisi dengan belajar dan
belajar. Murid-murid dijadikan korban atas ambisi dan cita-cita sekolah.
Dari episod-episod diatas dengan
mudah kita membuat kesimpulan betapa insting cinta boleh berubah menjadi
insting benci jika disertai niat menguasai.
Ajaran-ajaran moral terbesar dalam
sejarah umat manusia selalu menekankan adanya kasih sayang, cinta antara sesama
manusia. Cintailah orang lain seperti saudaramu, meskipun ia berlainan budaya,
berlainan kelas sosial, berlainan bangsa, berlainan negara, berlainan agama,
usia, keturunan hingga berlainan taraf kehidupan.
Cinta menyatukan, mendamaikan,
membahagiakan dan menyenangkan. Kebencian pula melahirkan konflik, kekerasan,
perosakan, kebinasaan dan kehancuran umat manusia.
Seperti yang dikatakan Freud, naluri
cinta itu berubah menjadi benci kalau disertai dengan nafsu ingin memiliki,
iaitu dijadikan objek yang dicintai itu sebahagian dari kebahagiaan dirinya
sendiri. Pemikiran ini dikembangkan oleh Erich Fromm dalam bukunya yang
terkenal To Have and To Be (Memiliki Dan Menjadi).
Cara hidup ingin memiliki sebenarnya
adalah naluri cinta yang berakhir dengan penderitaan, kerosakan, kebinasaan
sehingga kematian dari yang dicintai. Cara hidup menjadi inilah hakikat cinta
manusia yang sesungguhnya.
Kita mencintai seseorang bukan demi
kepentingan semata-mata, tetapi demi yang kita cintai agar tumbuh dan
berkembang mencapai kebahagiaanya sendiri. Dengan menolong orang lain, kita
menjadi seorang penolong. Dengan memberi kepada orang lain, kita akan tumbuh
menjadi seorang pemberi. Dengan melakukan kebaikan terhadap orang lain, diri
kita akan tumbuh menjadi orang baik.
Nafsu ingin memiliki ini pula
berpusat pada kepentingan diri sendiri. Dengan memiliki kita akan menguasai dan
bebas mempergunakan kepemilikan kita untuk kebahagian kita sendiri.
Dalam cara mencintai dan cara hidup
ini, maka harus ada yang manjadi korban kepemilikan. Anak menjadi korban
kepemilikan ibubapa, si gadis menjadi korban nafsu seksualiti lelaki beristri,
murid-murid menjadi korban atas pemburuan ranking nasional. Dari hal demikian,
siapakah yang sebenarnya bahagia? Kita mencintai anak-anak kita justeru kerana
sedar bahawa mereka adalah manusia dengan karakter dan bercita-cita lain dan
tidak sama dengan kita sebagai ibubapanya. Kewajiban cinta kita pada mereka
adalah membantu mewujudkan apa yang di inginkan dan apa yang boleh membantu
mereka bahagia oleh kita kepada mereka yang kita cintai.
Mencintai , menolong, membantu,
berbuat baik kepada orang lain boleh berubah menjadi tindakan diktator dan
berakhir dengan jatuhnya korban percintaan, kalau kondisi dan keperluan yang
kita cintai tidak di perhitungkan. Mencintai orang lain, berbuat baik untuk
orang lain, ternyata tidak semudah yang kita duga. Mencintai dan berbuat baik
itu bukan sekedar niat dan tindakan, tetapi juga dengan pengenalan,
pengetahuan, pengorbanan, strategi terhadap yang kita cintai dan yang paling
utama adalah keikhlasan mencintai tampa ada mempunyai rasa ingin memiliki
terhadap sesuatu yang kita cintai itu. Kalau tidak demikian, maka cinta boleh
menjadi malapetaka bagi yang kita cintai itu.
Kalau anda jatuh cinta, anda ingin
tahu secara terperinci hidup orang yang anda cintai. Misalnya ketika pertama
kali bertemu dalam kereta api atau dalam bas dalam sebuah perjalanan yang
panjang. Bagaimana riwayat hidupnya, keluarganya, bintang horoskopnya,
kesihatanya, cita-citanya dan lain-lain dalam erti kata hal-hal yang terpenting
dalam hidupnya. Dan anda mempergunakan taktik melalui informasi itu untuk
menyusun strategi bagaimana lebih jauh menaklukan hatinya.
Kalau kita mencintai orang miskin,
orang menderita stres (dalam tekanan), orang kena musibah, orang yang sedang
bingung, maka kita harus berbuat yang sama sepertinya dan turut merasakan
betapa anda simpati dan ingin membahagiakannya.
Surat Einstein kepada Freud
menyangkut hal-hal berkenaan dengan perang dan penderitaan serta membuat
beberapa andaian kemungkinan lenyapnya spisis bernama manusia akibat perang
dimuka bumi ini. Konflik kepentingan, kepemilikan, pemusnahan adalah naluri
kebencian manusia. Seperti cinta, manusia juga harus mengenali, memahami dan
merasakan akibat kebencian terhadap orang lain.
Dannion Brinkley yang menceritakan
pengalaman mati sehingga dua kali dalam bukunya yang bertajuk Saved By The
Light, mengisahkan bagaimana dirinya merasa rendah dan hina oleh
kejahatan-kejahatanya memukuli orang lain semasa hidupnya. Ia bukan sahaja
ingat secara terperinci akan perbuatanya, tetapi juga suasana dan perasaan si
korban semasa dia menganiaya. Dengan mengenali dan merasakan akibat
kejahatanya, jiwa Brinkley menilai perbuatannya sendiri yang tidak baik itu.
Mengenali dengan baik penderitaan, kebahagiaan, keinginan, kekuatan dan kelemahan
yang kita cintai atau kita benci, kiranya dapat mengajar dan memberikan
keinsafan kepada kita agar kita mencintai orang lain dengan lebih baik dan
benar.
Mencintai sesama manusia itu tidak semudah yang difikirkan. Lebih mudah untuk
ditulis dan diuraikan serta dianalisis dari dijalankan atau di praktikalkan.
Sebab cinta itu perbuatan nyata tetapi juga tidak nyata. Kerana ia melibatkan
perasaan yang disertai dengan niat yang baik. Dan niat itu juga haruslah
dibekali dengan keikhlasan dari keinginan untuk memiliki dan menguasai. Dan
perasaan serta perbuatan itu hanya ada dalam diri si pencinta dan yang dicinta.
Maka pengetahuan dan pengenalan ketiga unsur cintai itu harus di fahami sebelum
terlibat dengan apa yang dinamakan CINTA.
